seismik

[VIDEO] Uncle Cina Teruja Bawa Sekumpulan Pemuda Fasih Berbual Dalam Bahasa Mandarin

Member yang tak fasih tu mesti blur je.

Cover image via @ricxxxkiddo (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Boleh bercakap lebih dari satu bahasa merupakan satu keistimewaan buat diri kita

Apatah lagi kita pasti berasa seronok jika dapat berbual dengan bahasa yang bukan semua orang mampu berbicara.

Seperti video yang tular ini memaparkan sekumpulan pemuda fasih berbahasa Mandarin ketika berbual dengan seorang pemandu e-hailing sehingga membuatkannya teruja.

Uncle puji ramai fasih berbahasa Mandarin

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pemuda sedang berada di dalam kenderaan e-hailing untuk menuju ke sebuah lokasi.

Namun, salah seorang daripada mereka memberitahu pemandu berkenaan bahawa ada di antara mereka yang boleh berbahasa Mandarin.

Perkara itu membuatkan pemandu tersebut teruja dan memuji mereka kerana mahir berbhasa Mandarin.

Tetapi, salah seorang daripada mereka tidak fasih berbahasa tersebut dan hanya mendengar perbualan mereka sahaja.

Apa yang paling tidak disangkakan adalah di akhir perbualan, pemandu itu meminta agar setiap orang memberikan nombor pilihan daripada 1 hingga 10 bagi menjadikan 'lucky number' untuk membeli nombor ekor.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: