[VIDEO] Lelaki Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Sebelum Terhempas - "AllahuAkhbar"
Lelaki tersebut dilihat berdoa, beristighfar dan mengucapkan kalimah syahadah berkali-kali.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada Rabu lalu, sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang dilaporkan dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan
Menurut laporan Berita Harian, nahas itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh. Kementerian Kecemasan Kazakhstan melaporkan 29 mangsa yang terselamat termasuk tiga kanak-kanak sudah dimasukkan ke hospital.
Malah, video-video pesawat juga dapat dilihat di media sosial memaparkan detik-detik pesawat sebelum ia terhempas jatuh.
Antara video yang tular adalah apabila seorang penumpang yang menunjukkan detik cemas sebelum pesawat itu terhempas dan terbakar.
Sempat kongsi detik cemas dalam pesawat sebelum terhempas
Menerusi video perkongsian di Facebook, kelihatan seorang penumpang lelaki dilihat berdoa, beristighfar dan mengucapkan kalimah syahadah berkali-kali.
Kekecohan di dalam pesawat turut didengari dengan keadaan topeng oksigen tergantung di setiap tempat duduk.
Menurut beberapa sumber, penumpang berkenaan ialah antara yang terselamat dalam nahas tersebut dan kini sedang dirawat di hospital.
Kerajaan Kazakhstan berkata, ia sudah membuka kertas siasatan namun punca nahas tidak dapat dipastikan dengan segera.
Azerbaijan Airlines melaporkan bahawa 67 orang berada di dalam pesawat membawa 62 penumpang dan lima anak kapal.
Terdahulu, ia memaklumkan pesawat itu bertembung dengan sekumpulan burung ketika dalam penerbangan, namun kemudian menarik balik kenyataan itu.
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan berkata, pesawat itu membawa 37 rakyat Azerbaijan, enam dari Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 dari Russia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!