Kereta Axia Ke Mulu, Sarawak Naik Perahu Cetus Tanda Tanya Warganet - "Rare Sangat Ini"
Rare betul kereta naik perahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok selepas seorang wanita berkongsi kereta kesayangan miliknya iaitu Perodua Axia menaiki perahu
Video itu ternyata menjadi bualan dan sekali gus menjadi pertanyaan orang ramai tentang bagaimana sebenarnya kereta tersebut diletakkan di atas perahu.
Di dalam video tersebut, wanita berkenaan memberitahu kereta Axia berwarna kuning itu akan di bawa pulang menuju ke kampung halamannya yang terletak di Mulu, Sarawak.
Kongsi proses bagaimana kereta diangkat letak dalam perahu
Menerusi video di akaun TikTok @a.reraofficial, kelihatan kereta Perodua Axia itu telah diletakkan di bahagian depan perahu bersama dengan barangan yang lain.
Disebabkan ia telah menjadi tular sehingga menyebabkan pertanyaan orang ramai tentang bagaimana kereta itu diletakkan, wanita berkenaan berkongsi sebuah lagi video memaparkan kereta itu diangkat oleh kren.
Menurutnya, kos penghantaran tersebut adalah sekitar RM5,000 dan bergantung kepada saiz kenderaan juga muatan.
"Perjalanan mengangkat dan membawa kereta balik ke kampung mengambil masa lebih kurang 6 jam dari jeti Marudi ke Mulu Sarawak.
"Axia ni telah berkhidmat selama 7 tahun bersama saya d kuching, habissss bayarrr sudahhh. Hehe. Sekarang berkhidmat untuk orang tua saya pula di kampung. Mulu ini tempat pelancongan. Mulu world heritage. Keluarga kami ada membuat khidmat mengangkut barang-barang berat macam kenderaan dan sebagainya," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!