seismik

JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Mulai Hari Ini Selama 6 Bulan Untuk Selesaikan Kompaun

Pembayaran boleh dilakukan melalui di kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter mobile JPJ serta aplikasi myJPJ.

Cover image via Kosmo & Wilayahku

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan selama enam bulan bermula hari ini

Menerusi laporan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia membabitkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A); Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

"Biasanya, kompuan bagi ketiga-tiga kesalahan ini ialah RM300. Jadi kita memberikan satu kadar kompaun khas bermula esok 3 Jan untuk selama enam bulan supaya mereka menyelesaikan kompaun ini.

"Sebab saman AwAS ada dua juta saman yang tertunggak dan memang ada sekatan kepada mereka yang tidak menyelesaikan saman AwAS, sekiranya mereka tidak menyelesaikan saman itu mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka," katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Sabah Gazette

Pembayaran boleh dibuat menerusi pelbagai saluran

Tambah beliau, pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai saluran antaranya di kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter mobile JPJ serta aplikasi myJPJ.

Bagaimanapun, pembayaran kompaun khas itu katanya, tidak boleh dilakukan melalui saluran MyEG dan di Pos Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata pengumpulan mata demerit akan dihentikan sementara mulai hari ini hingga 30 Jun depan.

Difahamkan, dalam tempoh berkenaan, Bahagian Penguat Kuasa JPJ akan menjalankan kajian semula terhadap kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit.

Image via Kosmo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: