Selamba Tabur Duit Dari Tingkat Atas Mall, Aksi Lelaki Ini Undang Perdebatan Netizen
Seronoknya jadi kaya.
Masa kecil, sering mengimpikan hujan duit atau emas turun dari langit seperti di dalam cerita dongeng
Iyalah, teringin juga kita untuk membeli-belah barang yang diinginkan tanpa melihat baki atau simpanan.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang lelaki yang bertindak berani menabur duit dari tingkat atas di sebuah pusat beli-belah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tabur beratus-ratus ringgit dari tingkat atas tanpa rasa was-was
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @naqliqaddiem di TikTok, aksi lelaki itu menabur duit dalam jumlah yang banyak di sebuah pusat beli-belah telah menjadi perbualan warganet.
Dia dengan selamba menunjukkan duit dalam anggaran lebih daripada RM1,000 di tangannya dan mencampakkan ia ke tingkat bawah.
Lihat video lain di bawah:
"Lain kali, kalau nak buat macam ini kena bagitahu awal-awal" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan baik lelaki itu dan ada yang mengkritik kerana tidak berpuas hati dengan cara berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 1M tontonan, 10.9K tanda suka dan 875 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @naqliqaddiem (TikTok)
Image via @naqliqaddiem (TikTok)
Image via @naqliqaddiem (TikTok)
Seronok betul kalau tiba-tiba duit turun dari langit :')
Image via GFYCAT
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment