Selepas 36 Jam Dilaporkan Hilang, Masih Tiada Lagi Petunjuk Keberadaan Hud Aryan
Kanak-kanak berusia 19 bulan itu dilaporkan hilang pada Isnin selepas tidak ditemukan di rumah di Kampung Air Kuala Tiga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 9 pagi selepas lebih 36 jam Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata operasi tersebut akan masih menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9 yang telah tiba di lokasi jam 6.30 petang semalam.
"Kita menamatkan operasi pada jam 7 malam tadi namun sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk positif seperti kesan tapak kaki atau baju kanak-kanak berkenaan.
"Hari ini operasi akan diperluas dan menggunakan dua anjing pengesan yang tiba di sini jam 6.30 petang semalam," katanya.
Image via Berita Harian
Orang awam turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan terbabit
Tambah Zulkifli, khidmat dua ekor anjing tersebut pada asalnya ingin digunakan pada petang semalam namun tidak dapat diteruskan kerana tiba lewat.
"Mengikut perancangan asal, kita menggunakan khidmat anjing berkenaan petang semalam namun disebabkan tiba lewat, hari ini baru anjing berkenaan akan dibawa ke lokasi kejadian," katanya.
Zulkifli turut memberitahu bantuan daripada orang awam dalam operasi mencari dan menyelamat menjadikan tiada pertambahan keanggotaan petugas buat masa ini.
"Kita berharap operasi hari ini dipermudahkan dan ada petunjuk positif," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment