Selepas 6 Ekor Kucing Mati, Bangkai Anjing Pula Ditemukan Di UM
Sebanyak 22 kucing liar di UM diselamatkan oleh sekumpulan sukarelawan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebelum ini tular selepas lima kucing dilaporkan mati didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM)
Malah, seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan semalam. Bukan itu saja, terbaru seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.
Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) menerusi satu kenyataan.
Image via Harian Metro
Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat.
"Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.
"Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup)," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"Masih dalam proses siasatan awal," katanya kepada sumber.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai penemuan dua haiwan iaitu kucing dan anjing yang dipercayai dibunuh dengan cara sama iaitu perut dibelah serta usus dikeluarkan.
Menerusi hantaran di media sosial, dianggarkan ada sekurang-kurangnya dua orang yang melakukan jenayah itu, supaya mereka dapat melakukannya dengan bersih dan tanpa disedari oleh sesiapa.
Sebelum ini, Aktivis Hak Asasi Haiwan, Shima Aris, beliau mahu menuntut keadilan ke atas kematian kucing-kucing berkenaan dan mendakwa tiada bukti ia berpunca daripada anjing liar sepertimana yang didakwa oleh pihak berkuasa sebelum ini.
Susulan kejadian itu, sebanyak 22 kucing liar di UM diselamatkan oleh sekumpulan sukarelawan yang prihatin dengan nasib haiwan berkenaan.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment