seismik

PNB Umum Dividen ASB 5.75 Sen Seunit Untuk Tahun 2024 - "Tertinggi Dalam Lima Tahun"

Agihan pendapatan itu meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit.

Cover image via Suara TV & Amanah Saham Nasional Berhad (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024

Menerusi posting yang dimuat naik di laman media sosial rasminya di Facebook, pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 itu sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata pihaknya berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun.

"Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi," katanya dalam satu kenyataan.

Agihan pendapatan itu meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan baki bulanan minimum purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.

Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025.

Transaksi untuk ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.

Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: