seismik

Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Di Atas Dua Pertuduhan Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Cover image via @alongcham (Instagram) & Mohd Fadli Hamzah/Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelawak dan pelakon, Along Cham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja atau kanabis

Menurut laporan Berita Harian, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad selaku tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di kediamannya di Cyberjaya pada 14 Disember lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.

Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan

Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad

Image via Majoriti

Bagaimanapun, Along merayu jaminan diberikan berikutan mempunyai anak yang akan bersekolah tahun depan.

"Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

"Dah cakap tak boleh jamin, law (undang-undang) kata tak boleh jamin, alasan anak sekolah ke apa, memang law kata tak boleh jamin.

"Kalau boleh jamin dan bergantung kepada mahkamah, boleh saya pertimbangkan untuk bagi jamin. Tapi undang-undang kata tak boleh jamin," katanya.

Along berdepan lagi satu pertuduhan yang berasingan turut berkaitan dengan dadah

Manakala bagi satu lagi pertuduhan, Along yang didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 2.07 gram mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Dan bagi pertuduhan itu pula, Along didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama lima tahun ada kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Along untuk diikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan kedua dan mahkamah telah menetapkan 28 Februari 2025 sebagai sebutan semula kes.

Pelawak dan pelakon tanah air, Along Cham dibawa oleh anggota polis atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja di Mahkamah Sepang.

Image via Mohd Fadli Hamzah/Harian Metro

Terdahulu, media melaporkan pelawak itu ditahan oleh sepasukan anggota polis bersama dua paket lutsinar disyaki ganja pada Sabtu.

Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: