"Sempoi" - Lelaki Ini Dipuji Bagi Kebenaran Wife Kaki Ride Keluar Untuk 'Me Time'
Terbaiklah bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setelah berumah tangga, sudah pastinya kita terpaksa meninggalkan hobi lama kerana perlu fokus terhadap pasangan bukan?
Namun, jika kita mendapat pasangan suami atau isteri yang memahami dan sporting, itu adalah satu bonus dalam perkahwinan.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki dipuji netizen gara-gara memberikan kebenaran buat isterinya untuk ride motor bersama kawan-kawan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempoi bagi isteri keluar ride untuk me time
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mattpett_, kelihatan dia merakam isterinya yang baru ingin keluar rumah dengan menunggang motornya.
Menurut kapsyennya, itu merupakan cuti umum dan dia memberikan kebenaran buat si isteri keluar ride bersama kawan-kawannya dan ber me time.
Ternyata, tindakan lelaki itu dipuji ramai kerana dia tidak menghalang hobi isterinya itu. Malah, dia bersikap sangat memahami.
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
"Laki bini kaki ride so sweet, semoga kekal sampai bila-bila bro" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 777.3K views, 45.8K likes dan 896 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut memuji sikap memahami lelaki berkenaan dan mendoakan mereka berdua kekal bahagia dalam rumah tangga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Image via @mattpett_ (TikTok)
Suami macam inilah yang menjadi idaman setiap wanita. Memahami dan bertolak ansur :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment