Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tak Sempurna Raya Kalau Takda" - Ini 15 Tempat Jual Lemang Di Sekitar Lembah Klang

Tunggu apa lagi? Jom order!

Cover image via Mahu Mahu Kartel Dakwah

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut setiap tahun oleh seluruh umat Islam

Image via GIPHY

Perayaan ini juga meraikan tamatnya ibadah puasa yang dilaksanakan oleh umat Islam pada bulan Ramadan. Oleh itu, tidak sah kalau tidak raikan dengan pelbagai juadah yang lazat dan enak bukan?

Antara juadah yang dihidangkan semasa raya pertama ialah rendang, lemang, ketupat, kuah kacang dan sebagainya. Tidak dilupakan juga, pelbagai jenis balang kuih raya yang menarik perhatian.

Disebabkan pelbagai juadah nak sediakan pada pagi raya, kali ini kami ingin kongsikan tempat jual lemang untuk ringankan beban anda!

Ini 15 tempat jual lemang di sekitar Lembah Klang:

1. Lemang Daun Lerek Greenwood, Gombak

Image via @lemangdaunlerek (Instagram)

Image via @lemangdaunlerek (Instagram)

Apa yang menarik perhatian ialah lemang yang dijual di sini mempunyai pelbagai perisa. Ada lemang biasa, lemang pulut kuning dan lemang pulut hitam. Sangat unik! Boleh delivery juga tau. 

Alamat:
Berdepan Masjid Simpang 3
Greenwood, Gombak, Selangor.

Waktu operasi:
8am hingga 12pm 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

2. Satay Station, Kuala Lumpur

Image via @sataystation (Instagram)

Image via @sataystation (Instagram)

Satay station bukan saja menawarkan lemang, juadah untuk raya pertama juga dijual. Lengkap dah menu-menu untuk raya pertama! Nak pick-up atau delivery pun boleh. 

Alamat:
No.55 ,Jalan A,
Kg. Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 
12:30pm hingga 11:30pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini

3. Lemang Asli Pak Din, Bangi

Image via Lemang Asli Pak Din (Facebook)

Image via Lemang Asli Pak Din (Facebook)

Segera buat tempahan untuk raya sekarang sebelum semua lemang habis direbut orang. Lemang Pak Din ini memang famous. Mana taknya, rasa kenyal dan enak lemang itu buat ketagih!

Alamat:
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: 
10am hingga 9pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini

4. Lemang Tok Abah, Taman Melawati

Image via @lemangtokabah (Instagram)

Image via @lemangtokabah (Instagram)

Apa yang menarik ada lemang berintikan jagung dan pulut hitam. Tengok pun dah tau sedap! Tunggu apa lagi?

Alamat:
Bersebelahan Petronas Wangsa Melawati,
59, Jalan Wangsa Perkasa 6,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

5. Lemang Haji Razak, Seri Kembangan

Image via @lemanghajirazak (Instagram)

Image via @lemanghajirazak (Instagram)

Gabungan lemang dan rendang memang tidak dinafikan sedap dan enak. Tiada tandingannya. Lemang Haji Razak dibakar rata dan cukup rasa. Lemang Haji Razak juga telah membuka tempahan untuk raya. Jom serbu! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

6. Lemang Shake Shake, Ulu Langat

Image via Lemang Shake Shake (Facebook)

Image via Lemang Shake Shake (Facebook)

Lemang Shake Shake merupakan perniagaan lemang home-based. Untuk tempahan raya tahun ini telah fully booked. Jika anda berhajat untuk menempah selepas raya boleh hubungi mereka.

Alamat:
Kg Jawa Bt 18, Ulu langat, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

7. Lemang Tokdad, Kuala Lumpur

Image via @lemangtokdad (Instagram)

Pembekal Lemang Tokdad dan Rendang Tokmie di KLCC dan Alamanda Putrajaya. Mereka menerima tempahan untuk raya sekarang. Siapa cepat, dia dapat!

Alamat:
KLCC & Alamanda Putrajaya

Waktu operasi:
10am hingga 10pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

8. Lemang Warisan Pak Hamid, Petaling Jaya

Image via Lemang Warisan Pak Hamid (Facebook)

Image via Lemang Warisan Pak Hamid (Facebook)

Terdapat perkhidmatan walk in dan delivery. Kepada sesiapa yang nak buat tempahan untuk raya, jangan lepaskan peluang ini!

Alamat:
Blok A Lembah Subang Fasa 1 (Depan kedai makan kak ros nasi campur)
Waze: Klinik Kesihatan Lembah Subang

Waktu operasi: 
3pm hingga 10pm (Setiap hari) 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

9. Lemang POWER, Kuala Lumpur

Image via Lemang POWER (Facebook)

Image via Lemang POWER (Facebook)

Tahun lepas, lemang POWER mengeluarkan edisi lemang berperisa Durian. Lemang POWER memang terkenal dengan lemang inti seperti lemang ikan bilis. Cepat-cepat serbu sebelum mereka tutup order.

Alamat:
Jalan Budiman 56000 Kuala Lumpur. 

Waktu operasi: 
3pm hingga 12am (Setiap hari) 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

10. Lemang Tok Megat, Puchong

Image via Lemang Tok Megat (Facebook)

Image via Lemang Tok Megat (Facebook)

Tempahan malam raya telah dibuka. Ayuh warga Puchong, pastikan anda patuh kepada SOP semasa ambil lemang tu ya.

Alamat:
Pangsapuri Enggang, Jalan Bk 6F,
Bandar Kinrara 47180 Puchong, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

11. Lemang Tok Janggut, Kg. Kerinchi

Image via Lemang tok janggut kg.kerinchi (Facebook)

Image via Lemang tok janggut kg.kerinchi (Facebook)

Terletak di Kampung Kerinchi, Bangsar South. Kalau teringin, boleh serbu lemang Tok Janggut ni.

Alamat:
Bukit Kerinchi, Bangsar South 59200 Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

12. Lemang Magezine, Cheras

Image via Lemang Peluru (Facebook)

Image via Lemang Peluru (Facebook)

Lemang Magazine ini bukan saja menawarkan lemang bakar yang fresh, malah rendang tradisional juga terdapat di sini. Apa yang best, tempahan untuk ketupat pun ada. Cepat dapatkan lemang anda sekarang! 

Alamat:
Alam Damai, Cheras
SS17, Subang Jaya

Dapatkan maklumat lanjut di sini

13. Lemang 12, Taman Medan

Image via Lemang 12 taman medan (Facebook)

Image via Lemang 12 taman medan (Facebook)

Untuk tahun ini, Lemang 12 tidak menerima sebarang tempahan. Sesiapa yang nak beli lemang boleh terus walk-in di gerai mereka. Pastikan patuh kepada SOP!

Alamat:
Lemang 12 PJCC,
Jalan PJS 2 Petaling 46000 Petaling Jaya.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

14. Lemang Warisan Damai, Damansara

Image via Faizal Zal (Google)

Image via Jai Mai (Google)

Macam-macam jenis lemang dijual di sini. Yang paling spesial, lemang pulut pandan. Jom singgah!

Alamat:
Tapak surau Apartment Suria,
Damansara Damai, Petaling Jaya.

Hubungi 012-658 9876 untuk ketahui lebih lanjut. 

15. Lemang Bonda Kg Subang, Shah Alam

Image via Lemang Bonda Kg Subang (Facebook)

Image via Lemang Bonda Kg Subang (Facebook)

Sesiapa yang berada di Shah Alam, boleh singgah ke Lemang Bonda Kg Subang. Mereka dah mula membakar beberapa hari yang lepas.

Alamat:
Jalan Bukit Badak 40150 Shah Alam, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Tunggu apa lagi? Jom order lemang sebelum tempahan tutup!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment