"Seram Harga Dia" - Individu Terkejut Lihat Harga Sate Dimakan, Minta Pendapat Ramai
Ini kira mahal juga.
Zaman sekarang, semua harga barangan dan makanan tidaklah boleh dibezakan seperti dahulu
Jika dahulu, kita boleh bebelanja banyak barangan kerana harganya yang jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan zaman ini.
Makanan juga tidak terkecuali. Hal ini mungkin kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan sekaligus memberi kesan kepada kita.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi harga sate yang dimakan di sebuah kedai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Tanya pendapat netizen tentang harga sate tersebut
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu berkongsi menu dan harga sate yang dimakan oleh kakaknya di sebuah restoran.
Dapat dilihat dia memesan 15 cucuk sate ayam, 15 cucuk sate daging berserta dengan dua nasi impit. Kesemua harga itu berjumlah RM107.
"My sister buy a satey, cuma nak tanya netizen lah, murah ke mahal? ke standard?," tulisnya.
Image via @adiehussin94 (Twitter)
"Bagi saya, mahal. Harga biasa, satay ayam boleh dapat bawah RM1.50 secucuk" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai harga tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1,754 retweets, 2,300 quotes tweets dan 7,191 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Image via @adiehussin94 (Twitter)
Boleh tahan mahal harga dia ye. Semua harga naik sekarang :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment