"Serba Salah" - Budak Kecil Nak Bawa Balik Troli Kedai, Ending Video Pula Raih Perhatian
Comel je!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil di rumah pasti sedikit sebanyak dapat menceriakan suasana rumah tangga bukan?
Kadangkala mereka ini memang banyak ragam dan kerenah. Cuba saja bawa mereka ke pusat beli-belah, pasti dibawanya troli yang ada di pasar raya. Itu memang favourite things untuk budak-budak kecil!
Sama seperti budak perempuan yang viral di TikTok baru-baru ini apabila dia dilihat menangis kerana tidak boleh membawa troli kedai pulang ke rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak lepas tangan pegang troli Decathlon nak bawa balik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang memegang troli kononnya mahu membawa ia pulang.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat ingin membawa troli kedai itu pulang ke rumah. Setelah ditegur dan diambil troli oleh pekerja kedai itu, dia kemudian melepaskan tangannya daripada troli itu sambil menangis berlari ke arah ibunya.
Image via @aliahzaini (TikTok)
Image via @aliahzaini (TikTok)
Image via @aliahzaini (TikTok)
"Mujur awak yang nangis dik, acik risau kalau abang tu yang nangis" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 132K tontonan, 8K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan adik itu. Malah ramai yang menyakat abang Decathlon itu juga.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aliahzaini (TikTok)
Image via @aliahzaini (TikTok)
Image via @aliahzaini (TikTok)
Image via @aliahzaini (TikTok)
Kesian adik tu keluar dengan tangan kosong ya, takpa lain kali singgah lagi tau! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment