seismik

[VIDEO] Geram Kena 'Game' Dengan Penjual Aiskrim Turki, Gadis Ini Balas Dendam Masa Bayar

Dia buat orang boleh pulak!

Cover image via @nurhayatitahirr_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Ramai yang tahu, siapa pernah beli aiskrim Turki pasti pernah kena 'game' dengan penjual aiskrim bukan?

Iyalah, kita terpaksa akur dengan persembahan dan trick yang dilakukan depan kita. Kadangkala sehinggakan kita boleh naik geram apabila tak dapat-dapat aiskrim yang dihulurkan itu. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis kena game dengan penjual aiskrim Turki itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurhayatitahirr_

Biar dia rasakan semula.. #fyp

Helikopter - Fazlija

Terpaksa 'balas dendam' setelah digame dengan penjual aiskrim

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menunggu aiskrim turkinya siap di Booza Ice Cream yang terletak di Bukit Bintang. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dia dilihat tidak dapat mengambil aiskrim yang dihulur oleh penjual aiskrim itu. Perkara itu merupakan salah satu budaya dan trick mereka.

Lebih melucukan lagi adalah apabila gadis itu dilihat bertindak untuk membalas dendam dengan membuat cara yang sama semasa menghulurkan duit kepada penjual itu. Terpampang muka tidak puas hati penjual aiskrim itu bikin semua terhibur.  

"Satu lagi cara kak, kalau dia bagi cone kosong, kau makan je, biar dia rugi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 942K tontonan, 92K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara gadis itu membalas dendam. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Padan muka, kan dah rasa punya payah nak dapat duit :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: