Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sering Diserang 'Panic Attack', Usahawan Syukur Berjaya Mara Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Menurutnya, dia merupakan tulang belakang utama bagi keluarganya.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penghias dan ahli perniagaan turut tidak ketinggalan untuk menghadiri hari terakhir sesi uji bakat Calpis Soda One In A Million yang diadakan di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak

Nizarazddin atau nama penuhnya, Muhammad Nizammudin Abdul Razak yang berasal dari Miri, Sarawak itu menceritakan tujuan utama dia hadir ke uji bakat adalah kerana dia merupakan tulang belakang utama keluarganya.

"Saya datang daripada broken family. Saya tidak mempunyai ayah, dan ibu saya kini menjaga ibu kandungnya. Abang saya pula tidak dapat dihubungi. Jadi, saya adalah satu-satunya anak yang berusaha keras untuk membantu ibu saya, kerana tiada lagi lelaki dalam keluarga yang boleh diharapkan," katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai karier nyanyiannya, dia kini aktif dengan aktiviti live band dan telah menyertai beberapa pertandingan serta uji bakat.

"Saya sudah menjalankan aktiviti live band selama tiga tahun. Saya juga pernah menyertai pertandingan duet bersama Jaclyn Victor dan menjadi wakil Sarawak untuk menyanyi bersamanya di sini. Program seperti Mentor dan I Can See Your Voice merupakan antara uji bakat yang saya sertai," katanya lagi.

Image via TV3 Malaysia

Derita serangan panik tidak halang semangat untuk terus maju

Dia juga menceritakan keadaan dirinya yang sedang bergelut dengan serangan panik sejak kehilangan bapa dan neneknya, ditambah pula dengan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

"Saya sebenarnya seorang yang sangat pendiam dan tidak begitu pandai berbual ketika mula-mula menyertai live band. Saya terpaksa menghadapi tekanan untuk bergaul dan bercakap dengan orang lain. Daripada situ, saya cuba berubah dan masih berusaha untuk mengatasinya. Dalam proses ini, saya boleh kata saya alami keguguran rambut, dan serangan panik itu akan datang tanpa amaran, secara tiba-tiba.

"Saya melawan perkara itu dengan kekuatan dalam diri saya, serta melalui nyanyian yang membantu menghilangkan rasa gugup, takut, dan panik. Keluarga saya sentiasa berada di sisi saya sepanjang tempoh itu, sentiasa menyokong apabila saya menyertai pertandingan. Tidak ketinggalan juga peminat-peminat saya, yang menjadi sumber kekuatan dan semangat saya hingga ke hari ini," katanya.

Image via TV3 Malaysia

Mengulas perasaannya apabila berjaya memegang papan tanda tahniah yang diidami, dia berkongsi rasa gembiranya.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira. Kejayaan ini saya dedikasikan untuk ibu saya, keluarga saya, dan juga untuk diri saya sendiri," katanya lagi.

Dia juga berkongsi kata-kata yang sentiasa dipegangnya dalam menghadapi segala cabaran kehidupan.

"Let it be, jadilah diri sendiri. Kalau takut, menangislah. Kalau sedih, menangislah. Kalau kalah, menangislah. Sentiasa maafkan orang lain dan diri sendiri. Jangan takut, jangan malu, jangan risau, kerana pasti ada orang yang akan menghargai kita.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin, bahkan lebih baik daripada hari ini. Saya juga akan memastikan diri saya lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang akan datang," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment