Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sering Makan Nasi Dengan Garam Saja, Pekerja Bangladesh Ini Sampai Berjaya Kumpul RM800K

Wow, banyak tu!

Cover image via @pokchek906 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kos sara hidup kini semakin meningkat, dan disebabkan itu orang ramai dinasihatkan berjimat untuk krisis ekonomi yang akan datang

Ada juga yang sanggup mengikat perut untuk menyimpan wang mereka. Tentu, ini amat sedih sekali terutama jika berlaku kepada diri kita.

Namun, baru-baru ini tular sebuah kisah tentang seorang lelaki warga Bangladesh yang hanya menjamu selera dengan nasi dan garam saja telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Berjaya beli rumah dan memiliki tanah sendiri di negara asal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok berkongsi lauk yang sering dimakan oleh seorang pekerja Bangladesh itu.

Dapat dilihat, pekerja itu sedang menjamu selera secara bersederhana. Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia hanya menjamu selera dengan makan nasi dan garam saja berserta dengan sedikit bawang dan cili.

Difahamkan, pekerja itu kini telah boleh menyimpan wang sebanyak RM800,000 sepanjang 19 tahun bekerja di Malaysia. Malah, bukan itu saja dia juga memiliki sebuah rumah dan memiliki tanah sendiri di negara asalnya.

Selain itu, dia juga menerima pendapatan sebanyak RM5,500 setiap bulan dan hanya membelanjakan RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makanan.

Lihat video lain itu di bawah:

"Mulai malam ni aku nak makan nasi dengan cili kering je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 94.8K likes dan 2,933 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @pokchek906 (TikTok)

Image via @pokchek906 (TikTok)

Image via @pokchek906 (TikTok)

Image via @pokchek906 (TikTok)

Mereka memang dah biasa makan macam ni, kalau korang sanggup tak? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment