seismik

"Power Kak" - Wanita Acah Cool Walaupun Sebenarnya Panik Dikejar Anjing Ini Curi Perhatian

Kalau kita menjerit dah tu.

Cover image via @deedee.ibrahim (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anjing merupakan sejenis haiwan yang garang dan liar, kebiasaannya ramai takut dengan haiwan ini

Namun, ada juga jenis anjing yang jinak. Anjing yang berkeliaran di kawasan luar kadang kala membahayakan seseorang kerana ia boleh mencederakan.

Pasti ada di antara anda di sini yang panik kalau nampak anjing betul tak? Tambahan lagi kalau ia seekor anjing besar. Gerun dibuatnya.

Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi detik cemas semasa dia sedang berbasikal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Cuba kawal emosi masa nampak anjing tengah kejar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang melakukan aktiviti berbasikal di sebuah kawasan.

Namun, dia didatangi empat ekor anjing yang tiba-tiba mengejarnya dengan laju. Situasi itu membuatkan dia nampak sedikit panik, tetapi dia tetap meneruskan kayuhan.

Malah, dia sempat menghalau anjing-anjing tersebut sehingga mereka berhenti mengejar.

"Kalau saya dah nangis jerit-jerit dah tak keluar shuh shuh tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun melihat aksi wanita tersebut yang dilihat begitu berani.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 204.9K views, 9,339 likes dan 1,074 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik tak ada apa jadi dekat sis tu, kita pula yang takut :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: