seismik

[VIDEO] Ayah Suruh Jalan Sendiri, Gelagat Si Anak 'Protes' Tak Mahu Gerak Ini Cuit Hati

Siap terbaring ya dik.

Cover image via @adilamalek (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai anak kecil tentu ada saja gelagat dan telatah mereka ini

Sampai kadangkala penat juga ibu bapa mahu melayan mereka ini. Namun, merekalah penghibur hati dan penyeri dalam keluarga.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan  yang merajuk dengan bapanya kerana minta didukung telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mahu bergerak lepas si ayah suruh berjalan sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang bercuti dan berjalan-jalan dalam Legoland Malaysia.

Si ayah kemudian meminta anak perempuan supaya berjalan kaki daripada didukung. Situasi itu membuatkan anaknya merajuk sehingga terbaring di atas lantai mungkin kerana 'protes'.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dapat dilihat beberapa orang awam cuba memujuknya untuk bangun dan berjalan ke arah si ayah tetapi tidak berjaya.

Selepas hampir 15 minit, si ayah akhirnya mendukung anak manjanya itu.

"Bukan sebab dia anak ke-2 sis, tapi sebab dia anak perempuan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 647.9K views, 47.5K likes dan 2,226 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat perangai ya dik. Nasib baik comel :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: