Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Seriouslah RM600?" - Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Di Shah Alam Ini Jadi Bualan Warganet

Rasa macam tak boleh nak bernafas.

Cover image via @AsyrafRosli_ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah bagi individu yang menetap di bandar tanpa keluarga terpaksa menyewa rumah atau bilik bersama orang lain

Kalau dapat serumah dengan kenalan rapat, mungkin ia tidak menjadi masalah dan kita tidaklah kekok sangat.

Tetapi, kalau terpaksa menyewa dengan orang yang baru dikenali, mungkin akan mengambil masa agak lama untuk menyesuaikan diri. Sebab itulah ada sesetengah individu lebih suka menyewa sendiri tanpa berkongsi bilik dengan orang lain.

Tular pula sebuah gambar bilik sewa di Twitter baru-baru ini yang berharga RM600, namun saiz biliknya pula menjadi perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Bilik sempit view balkoni, tapi harga pula mahal gila

Menerusi perkongsian ciapan daripada @AsyrafRosli_, kelihatan pengguna itu memuat naik sekeping gambar bilik untuk disewa di Menara U2 MSU, Shah Alam.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah saiz bilik sewa itu kelihatan sangat kecil dan sempit meskipun ia dilengkapi dengan perabot seperti katil dan kipas. 

Bukan itu saja, harga sewa untuk sebulan juga mencecah sehingga RM600 dan dikatakan tidak berbaloi hanya kerana ia mempunyai view balkoni di tepi. 

Ramai berpendapat bahawa dengan harga RM600 mereka boleh dapat bilik sewa yang jauh lebih murah dan besar dari gambar tersebut.

Image via @AsyrafRosli_ (Twitter)

"Ni kalau mengigau boleh terus terjun ke bawah lantas menjunam ke AEON untuk bersarapan sushi kat food court" - Warganet

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai harga bilik sewa itu.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian ciapan tersebut telah meraih 7K retweets, 21.8K likes dan 1.9K quotes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Tak masuk akal harganya, baik cari rumah sewa je terus. Boleh dapat harga lebih kurang :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment