"Siap Jeling Camera" - Cara Pemuda Ini Review Minuman Starbucks Buat Warganet Dekah
Yang penting dia review dengan cara dia tersendiri. Gitu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Starbucks merupakan minuman kegemaran ramai pada masa kini
Walaupun ia agak mahal berbanding minuman jenama lain, masih ramai pelanggan yang tetap memilih Starbucks kerana kualiti airnya yang setanding dengan harga.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video seorang pemuda membuat review minuman yang dibelinya di salah sebuah cawangan Starbucks telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Review air di Starbucks, ramai pula yang terhibur tengok caranya minum
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ariffakbarrr, kelihatan dia sedang berada di salah sebuah cawangan Starbucks bersama seorang lagi kawannya yang juga merangkap cameraman.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila pemuda itu membuat review minumannya dengan gaya yang kelakar dan terlalu jujur. Riak wajahnya memainkan peranan dalam setiap video reviewnya.
Caranya membuat voice over juga menghiburkan warganet. Malah, dia sempat mengatakan topping di atas airnya itu rasa seperti kuih kapit.
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima 484.3K views, 45.5K likes dan 1.1K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat cara pemuda itu review minuman Starbucks yang dibelinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Image via @ariffakbarrr (TikTok)
Inilah review paling ikhlas dan sempoi kami pernah tengok. Terbaiklah bang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment