"Siapa Bersidai Habis Kena" - Nenek Jadi Guard, Bawa Rotan Jika Ada Ponteng Solat Jumaat
Siapa yang merayau tu habislah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di Malaysia, solat Jumaat sangat sinonim dengan kaum lelaki
Solat Jumaat dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah khas untuk sembahyang ini.
Hukum bagi solat Jumaat adalah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu dan wajib dilakukan bagi setiap lelaki bagi yang sudah pun baligh. Wanita boleh melakukannya tetapi tidaklah wajib.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang warga emas mengawal ketat semasa solat hari Jumaat telah mencuri perhatian.
Image via @mhmmdhsm (X)
Kawal ketat kawasan masjid sambil pegang rotan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita warga emas dilihat sedang berada di sebuah kawasan masjid.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia siap memegang rotan. Difahamkan, nenek berkenaan sering melakukan perkara tersebut bagi memastikan semua lelaki tidak 'bersidai' ketika solat Jumaat.
"Nenek ni bawa rotan time orang solat Jumaat siapa duduk bersidai habis dia rotan, kalau tengok pun macam orang setempat hormat dia confirm kenal sangat dah ni," tulis di kapsyen.
Lihat video itu di bawah:
Bagus mak cik, confirm semua takut :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment