Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Staff Food Court Kurang Ajar" - Siap Hempas Mangkuk Lepas Kena Tegur Makanan Ada Lalat

Berani eh dia buat perangai depan pelanggan.

Cover image via @ezzuchang (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang manusia, kita seharusnya mempunyai nilai budi pekerti dan sikap yang elok

Meskipun tak lari dari kesilapan, kita perlu cuba sebaik mungkin untuk menjaga adab, terutamanya ketika berada di luar. Perkara itu akan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang bila berurusan dengan kita.

Begitupun, tular satu rakaman memaparkan keadaan di sebuah kedai makan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan makanan dijual dan pekerjanya tiada adab dengan pelanggan.

Menerusi video yang dimuat naik itu, seorang lelaki berkongsikan pengalamannya semasa membeli makanan di kedai berkenaan.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Kelihatan beberapa ekor lalat hinggap pada bebola yang dihidangkan di kedai tersebut

Jelas lelaki itu, dia menegur pekerja terbabit gara-gara terdapat beberapa ekor lalat pada makanan yang dijual di kedai makan itu. 

Tetapi sebaik sahaja dia menegurnya, pekerja di kedai berkenaan memberikan layanan yang biadap malah turut menghempaskan mangkuk di hadapannya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah medan selera yang terletak di dalam pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

Image via @ezzuchang (TikTok)

Image via @ezzuchang (TikTok)

Tindakan pekerja kedai itu turut menimbulkan kemarahan buat lelaki tersebut yang hanya mahu menegur kebersihan makanan yang dijual di situ.

Lelaki itu turut berkongsikan gambar makanan yang sempat dirakamkan di mana kelihatan beberapa ekor lalat yang hinggap pada bebola yang dihidangkan di kedai tersebut.

Pada masa yang sama, dia turut meminta pemilik kedai terbabit menegur sikap biadap pekerjanya itu semasa berurusan dengan pelanggan.

Image via @ezzuchang (TikTok)

Image via @ezzuchang (TikTok)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment