Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Menangis Sebab Tak Mampu Beli 'Skincare' Untuk Isteri, Video Ini Buat Ramai Sebak

Sedih pula tengok.

Cover image via @ahmat.ayu (TikTok)

Melangkah ke alam rumah tangga pastinya bukan sesuatu perkara yang mudah kerana banyak tanggungjawab perlu dipikul

Sebagai suami isteri, membahagiakan antara satu sama lain sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga.

Kebahagiaan pasangan bukanlah hanya diukur daripada hartanya tetapi dari hati dan keikhlasan pasangan itu sendiri ketika bersama.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki menangis kerana tidak mampu membeli skincare buat isterinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami menangis lepas tengok isteri guna skincare dengan bekas kosong

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri sedang memakai krim malam sebelum tidur. Difahamkan dia juga ingin melihat bagaimana reaksi suaminya selepas melihatnya.

Namun selepas melihat gelagat isterinya itu, si suami terus mengambil alat solek tersebut dan melihat ke dalam bekasnya yang ternyata kosong.

Dia kemudian mula menangis dan memeluk isterinya kerana tidak mampu membelikan set penjagaan wajah buat wanita itu.

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

"Isteri diuji masa suami tiada apa-apa. Suami diuji bila memiliki segalanya" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa sedih dan bersimpati dengan pasangan tersebut.

Malah, ada yang berpendapat lelaki itu bertuah kerana si isteri tetap bersamanya walaupun dalam keadaan susah. Ada juga yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 60.5K likes, 4,841 comments dan 3,431 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Image via @ahmat.ayu (TikTok)

Sebak tengok reaksi suami dia. Semoga awak berdua dimurahkan rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment