Suami Tak Izin Abang Courier Hantar Barang Dekat Isteri Di Rumah Kalau Dia Tak Ada
Hm, terpaling suami.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ramai yang suka membeli barangan secara dalam talian sebab memudahkan dan lebih jimat masa
Mana tidaknya, beli barang secara online bukan saja murah, malah ia menjimatkan tenaga dengan satu klik saja.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang suami bersama abang courier.
Image via Asiana USA
Suami tak setuju abang courier hantar barang dekat isteri
Menerusi perbualan antara suami dan abang courier itu, dia meluahkan rasa tidak setuju kalau abang courier menghantar parcel kepada isteri apabila dia tiada di rumah.
Alasannya ialah dia takut perkara itu mengundang fitnah.
"Aku dah cakap dengan bini aku, aku tak izinkan siapa-siapa yang hantar barang tanpa aku. Jadi kalau nak hantar barang. Lepas ini pastikan aku ada sebab aku suami dia." tulisnya.
Abang courier itu cuma jawab menghantar parcel hanyalah tugas dan tanggungjawab dia.
Image via @emilianor_98 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Pelik betul dengan suami dia ni.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment