Sudah Dihalang Staf Katering, Tetamu Berkeras Nak Bungkus Lauk Kahwin Raih Pelbagai Reaksi
Pula dah mak cik.
Bila pergi ke majlis perkahwinan, sudah tentu tetamu akan dihidangkan dengan nasi minyak
Disamping meraikan pasangan mempelai, tetamu juga akan dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuklah kuih-muih dan makanan lain.
Kebiasaannya, tetamu akan datang dan makan di majlis perkahwinan tersebut, jarang sekali untuk bungkus melainkan ia sudah berada di penghujung majlis dan dibenarkan oleh tuan rumah.
Namun, baru-baru ini tular di TikTok memaparkan video seorang mak cik yang berkeras tetap mahu membungkus lauk perkahwinan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Majlis belum bermula nak minta bungkus lauk
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah majlis perkahwinan.
Namun, dia dengan selambanya mahu membungkus lauk makanan walhal majlis belum pun bermula. Situasi tersebut menimbulkan pertengkaran di antara wanita itu dan pihak katering.
Bagaimanapun, pihak katering telah menjelaskan dia tidak boleh membungkus kerana ia masih belum bermula dan tiada apa-apa kebenaran daripada tuan rumah.
Image via @wan_takaful (TikTok)
"Biasa tuan rumah yang tapaukan or bagi keizinan, ini suka-suka je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 72.2K likes dan 10.6K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @wan_takaful (TikTok)
Image via @wan_takaful (TikTok)
Image via @wan_takaful (TikTok)
Image via @wan_takaful (TikTok)
Ada juga ya perangai macam ni, masalahnya majlis pun belum mula lagi :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment