"Sumpah Sebak" - Ayah Saudara Sanggup Lari & Peluk Pemuda Rebah Masa Berkawad Curi Tumpuan
Mata masuk habuk.
Betul kata orang, kasih seorang ayah pada anak memang tiada tandingannya
Walaupun ayah dikenali dengan sifat yang tegas dan jarang menunjukkan perasaan, namun kasih sayang mereka sebenarnya sangat dalam pada kita.
Tular baru-baru ini mengenai seorang anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) yang hampir rebah semasa perbarisan telah menyentuh hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Yatim piatu sejak kecil, ayah saudara anggap macam anak sendiri sampai sanggup papah semasa perbarisan
Menerusi perkongsian video berdurasi 25 saat daripada seorang pengguna di TikTok iaitu @tashannai, kelihatan sekumpulan anggota KPDNHEP sedang berkawad di Maktab Penjara Kajang.
Apa yang menarik tumpuan adalah apabila salah seorang anggota tersebut tiba-tiba rebah semasa perbarisan itu sedang berlangsung. Dipercayai, dia demam ketika itu.
Tetapi, apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila seorang lelaki meluru ke arah anggota berkenaan lalu memapah dan memeluknya sehingga perbarisan tersebut tamat.
Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan ayah saudara kepada anggota KPDNHEP berkenaan yang menjaganya sejak kecil lagi. Ibarat kasih sayang seorang ayah kandung, momen itu sekali gus mencetuskan rasa sebak orang ramai.
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
"Orang sebelah dia tengah tahan air mata. Allahuakbar, pengorbanan seorang ayah. Tak kisah langgar protokol atau tidak, sanggup hadapi risiko. Salute" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut kini telah meraih sehingga 2M views, 233.3K likes dan 5.7K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata rakyat Malaysia turut tersentuh melihat rakaman yang sangat menyentuh perasaan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Image via @tashannai (TikTok)
Gagal tahan air mata lepas tengok video ni. Tindakan pak cik memang buat kami semua tersentuh :'(
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment