Nak Badan Langsing? Jom Amalkan ‘Sup Kurus’ Ini Dalam Masa 3 Bulan & Lihat Hasilnya. Yes!
Bergantung kepada badan masing-masing, sup kurus ini boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih.
Siapa yang tidak mahu kurus?
Baik lelaki mahupun perempuan pasti ingin memiliki badan yang kurus lagi langsing ala supermodel. Yang kaum ibu lagilah, pasti mahu kembali kepada bentuk badan asal sebelum melahirkan anak.
Image via Times Now
Pelbagai cara dan usaha telah dilakukan. Ada yang mengalamankan diet ekstrem sampai tidak makan, ada juga yang bersenam sampai sakit seluruh badan namun belum tentu membuahkan hasil yang diinginkan.
Apa kata anda cuba amalkan satu lagi kaedah untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini dengan mengamalkan pemakanan sup sihat ini!
Pernah dengar 'sup kurus'?
Baru-baru ini, viral resipi ‘sup kurus’ yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Khairuzetti Zaini.
Khairuzetti Zaini yang lebih mesra disapa ZT telah mengamalkan sup ini selama 13 tahun dan pada usia 39 tahun, ibu yang memiliki 4 orang cahaya mata ini tetap kekal langsing dengan berat hanya 45 kilogram.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Jom kurus.
Saja nak share periuk cap buaya legend ni.
Kalau nak beli, cari saiz ni. Tinggi atau dalam periuk 18 cm x 22 cm diameter. Saiz ni bentuknya unik (Gaya periuk zaman dulu-dulu. Buat kari ikan memang sweet) + comel + cute + nak buat photoshoot masak pon sesuai. Bila buat sup sayur cendawan ni rasa macam throwback zaman dulu-dulu. Suka guna time masak sup & masakan berkuah. Letak garam dan gula lepas itu tutup api.
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Sup sayur cendawan ni antara resipi sup kurus yang ZT amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada angka umur nak cecah 40-an tahun depan. Rahsianya sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi Jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu (berat badan dapat maintain 45 kg + anak 4 + umur 39)
Selamat memasak!
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah (Khasiat: bakar lemak + buang kolestrol)
- 2 biji cili api hijau tumbuk pecah (Khasiat: bakar lemak)
- 2 batang serai diketuk (Khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan)
- 1 sudu besar minyak jagung
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Bahan B
- 100gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam) + rendaman ke-2 rendam dengan air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam)
- 1.5L air tapis
- Sawi
- Cendawan tiram (Khasiat: awet muda)
- Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa
- Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Cara memasak:
- Panaskan periuk dan masukkan minyak jagung.
- Tumis bahan A sehingga kekuningan.
- Masukkan isi ayam dan gaul sehingga separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan cendawan tiram dan masak sehingga cendawan lembut. Masukkan sawi jepun dan terus tutup api. Sawi akan layu sendiri dengan haba masakan tadi.
- Apabila sup sudah suam, masukkan gula perang.
- Kemudian, masukkan garam dan kacau sebati. Kini sup sedia dihidangkan.
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Amalkan sup kurus ini 4-5 kali seminggu. Lakukan selama 3 bulan. Makan ni saja, InsyaAllah slim.
Info tambahan:
Gula kelapa perang (beli kat Jusco bahagian produk organic)
Sawi Jepun Cameron Highlands ni ada kat Jusco juga. Harga murah RM1.50 sepaket. Kadang-kadang Jusco buat sale. RM1 sahaja sepaket.
Nak raya nanti boleh slim duet-kan sekali teknik Intermittent Fasting gaya Lisa Surihani.
Image via Facebook Khairuzetti Zaini Collections
Penting: Ada dua tips tambahan kat sini. Setiap individu berbeza. Ada yang tidak boleh makan nasi nanti cepat naik badan, so makan sup sayur ni saja, JANGAN tambah nasi.
Satu lagi jenis makan nasi boleh, tapi tak boleh lepas pukul 6 petang. So sesuaikanlah resipi ini untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji. Kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain slim, guna beras basmathi less kanji.
Selamat mencuba.
Yay, lepas ini boleh kurus!
Image via Gifer
Ni haaa tips diet cara Intermittent Fasting!
Lagi tips diet di bawah:
Leave a comment