Syed Saddiq Cabar Belia Buat 'Push-Ups' Tapi Disuruh Lain, Dibuatnya Lain. Memang Lawak!
Menerusi laman Twitter, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq telah mengemukakan cabaran baru iaitu membuat 20 reps clap push-ups dalam masa 17 saat atau lebih baik daripada itu.
Perintah Kawalan Pergerakkan yang dibuat bermula 18 Mac yang lalu menyebabkan ramai 'kaki gym' resah kerana tidak dapat meneruskan rutin senaman mereka
Manakan tidak, kaki gym ini risau otot-otot mereka akan hilang dan perut pula akan kembali buncit. Nanti sia-sia sahaja segala senaman yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Image via Real Fitness
Namun begitu, perintah 'berkurung' yang dijalankan itu sebenarnya tidak sepatutnya mematahkan semangat kaki gym ini untuk teruskan rutin senaman mereka.
Bahkan, mereka boleh sahaja melakukan pelbagai jenis senaman di dalam rumah.
Image via Hello Doktor
Bukan itu sahaja, dengan adanya perintah ini, ia seakan menyuntik kaki gym agar berfikir lebih kreatif dan di luar kotak demi mencipta pelbagai cara dan berkongsi idea bijak untuk orang ramai bersenam di rumah tanpa peralatan dan mesin senaman.
Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq telah mengemukakan cabaran baru iaitu membuat 20 reps clap push-ups dalam masa 17 saat atau lebih baik daripada itu
Dalam perkongsiannya, Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menunjukkan kekuatan teras badan (body core) yang sangat baik apabila memuat naik video dengan tanda pagar #StayAtHomeChallenge di laman Twitter rasminya.
Susulan daripada itu, ramai yang menyahut cabaran tekan tubi tersebut dan cuba mengatasi prestasinya. Beberapa video telah dimuat naik warganet dan boleh dilihat dalam ruangan reply tweet Syed Saddiq.
Walau bagaimanapun, ada juga sebilangan warganet yang menyahut cabaran clap push-ups tersebut dengan pelbagai gaya serta helah yang lucu
Menariknya, ada juga yang lebih dahsyat sampaikan ‘mampu’ buat dua claps dalam satu push-up. Yang buat push-up guna satu jadi pun ada!
Berikut adalah antara video menarik dan lawak dari warganet:
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:
Leave a comment