seismik

[TERKINI] Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Akibat Wabak Covid-19

Ia merupakan kematian ke-11 akibat wabak ini.

Cover image via aa.com

Malaysia hari ini telah mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak Covid-19 sebentar tadi

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat wabak itu adalah sebanyak 11 orang ketika ini.

Perkembangan terbaru tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter sebentar tadi.

KKM dalam satu tulisan di laman Twitternya berkata, mangsa terbaru yang maut akibat wabak Covid-19 berusia 70 tahun

Menurut KKM, mangsa ke-11 itu merupakan kes ke-1070 dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Ia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa pesakit juga mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari lalu dan telah menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke dalam Hospital Canselor Tengku Muhriz UKM pada 18 Mac lepas.

Mangsa kemudiannya telah disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun kesihatannya mulai merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan mangsa ke-10 yang maut akibat wabak Covid-19 melibatkan lelaki warga tempatan berumur 74 tahun dari kluster tabligh

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 DI SINI

You may be interested in: