Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tak Boleh Brain" - Ini Antara 10 Peraturan Sekolah Yang Pelik Di Serata Dunia

Serious lah?

Cover image via List 25 Adobe Stock

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peraturan sekolah disediakan sebagai garis panduan pelajar sekolah untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan

Semua pelajar diwajibkan untuk mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Hal ini supaya dapat menjaga nama baik dan juga meningkatkan disiplin pelajar sekolah. 

Kebiasaannya, di negara kita Malaysia, peraturan-peraturan yang ada termasuklah tidak boleh berambut panjang bagi lelaki dan perlu memakai uniform sekolah yang seragam.

Kita selalu mendengar peraturan sekolah yang biasa, namun jika anda nak tahu terdapat pelbagai jenis peraturan sekolah yang pelik dan tidak masuk akal. Jom lihat antara 10 peraturan sekolah yang pelik di serata dunia ini. 

1. Tidak boleh ada bestfriends

Apalah erti persekolahan tanpa bestfriends bukan? Ramai antara kita memulakan persahabatan dengan kawan baik sejak dari sekolah.

Walau bagaimanapun, beberapa sekolah di United Kingdom telah melarang pelajarnya mempunyai bestfriends. Hal ini kononnya untuk melindungi pelajar daripada trauma dan kesedihan putus persahabatan.

2. Guru dilarang untuk menanda kertas menggunakan pen merah

Sudah menjadi kebiasaan untuk para guru menanda kertas peperiksaan ataupun homework pelajar dengan menggunakan pen merah. Hal ini kerana, warna pen tersebut yang berbeza dengan yang digunakan oleh pelajar. 

Warna merah dikatakan warna yang negatif, guru-guru di United Kingdom telah dilarang untuk menanda markah pelajar menggunakan warna itu. Mereka dinasihatkan untuk menggunakan warna yang lebih tenang. 

3. Pelajar hanya boleh pergi ke tandas tiga kali setiap semester

Menggunakan tandas merupakan lumrah setiap manusia. Tambahan lagi, kita tidak dapat mengawal apabila terasa hendak membuang air kecil atau besar.  

Jika anda hendak tahu, terdapat sebuah sekolah di Chicago telah membuat peraturan bahawa pelajarnya hanya boleh ke tandas tiga kali setiap semester. Hal ini dilarang supaya mereka tidak terlepas kelas yang penting. 

4. Tidak boleh high five dan peluk rakan-rakan

Berpelukan, berpegangan tangan dan memberi high five merupakan antara cara kita menunjukkan kemesraan dalam persahabatan. 

Namun, terdapat satu peraturan yang tidak masuk akal dibuat seorang pengetua sekolah di California iaitu tidak membenarkan pelajarnya berpelukan dan memberi high five. Alasannya pelajar tidak sepatutnya berbuat demikian. 

5. Peraturan 30 minit tidur tengah hari

Jika di Malaysia, kita sudah biasa mendengar bahawa kanak-kanak di pra-sekolah akan mempunyai waktu khas untuk tidur petang atau tengah hari.

Tetapi, lain pun dengan di negara China ini yang mewajibkan pelajar dan murid yang lebih tua untuk mendapat 30 minit tidur tengah hari. Hal ini kerana, terdapat kajian yang menunjukkan tidur tengah hari dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan prestasi pelajar di sekolah. 

6. Tak boleh makan Ketchup

Seperti umum tahu, Ketchup merupakan sejenis sos berperisa tomato yang popular dalam kalangan masyarakat Amerika. Ia selalunya akan dimakan bersama nugget, kentang goreng dan juga pizza.

Namun, sekolah-sekolah di negara France tidak membenarkan pelajarnya memakan Ketchup. Hal ini untuk mengekang budaya pemakanan yang dikatakan "too american".

7. Tak boleh berkawan lebih daripada lima orang

Terdapat sesetengah orang yang mempunyai personaliti friendly dan membuatkan mereka suka berkawan dengan ramai orang. Lagipun, jika kita berkawan dalam satu kumpulan yang besar ia akan lebih fun dan banyak cerita menarik boleh dikongsi. 

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah sekolah di luar negara yang melarang pelajarnya berkawan lebih daripada lima orang. Hal ini dikatakan segala perkara buruk akan terjadi dalam kumpulan yang melibatkan lebih lima orang. 

8. Tak boleh membawa bekal dari rumah

Bagi pelajar yang cerewet perihal makanan, selalunya mereka akan membawa bekal makanan khas yang disediakan oleh ibu bapa. Lagipun makanan dari rumah lebih sedap dan selamat.

Namun, lain pula dengan peraturan sekolah di Jepun ini yang tidak membenarkan pelajar membawa bekal makanan dari rumah. Sekolah mereka telah menyediakan makanan tengah hari dan pelajar diwajibkan menghabiskan makanan tersebut. Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan denda. 

9. Dilarang untuk bermain Dodgeball

Permainan seperti Dodgeball, Basketball dan Handball merupakan antara sukan popular dalam kalangan pelajar. Setiap kali waktu Pendidikan Jasmani tiba, pasti ramai yang tidak sabar nak bermain bukan? 

Tetapi tidak bagi pelajar yang bersekolah di New Hampshire, kerana mereka dilarang untuk bermain sukan seperti Dodgeball. Hal ini untuk mengelakkan kes buli dan kekerasan dalam kalangan pelajar. 

10. Tidak dibenarkan pakai spray deodorant

Penjagaan kebersihan diri merupakan sesuatu yang penting supaya penampilan diri seseorang itu dapat dijaga. Oleh itu, penggunaan deodorant dilihat sebagai satu keperluan, tambahan lagi buat para pelajar yang meningkat dewasa ini.

Terdapat sebuah sekolah di Pennsylvania telah melarang pelajarnya untuk menggunakan deodorant jenis spray yang berjenama AXE selepas salah seorang pelajar dimasukkan ke hospital kerana alergi. Selepas itu, lebih banyak sekolah melarang penggunaan spray deodorant kerana pelajar dikatakan menggunakannya secara berlebihan. 

Memang pelik betul guys! Nasib baik sekolah dekat Malaysia tak ada peraturan yang macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment