Tak Lupa Tanggungjawab Mengundi Walaupun Di Hari Perkahwinan, Pengantin Ini Dipuji Ramai
Contoh yang baik.
Seperti ramai tahu, Malaysia baru saja membuat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
Ramai yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sudah tentu ini adalah satu perkara yang bagus kerana ia menunjukkan tanggungjawab anda untuk keluar pergi mengundi.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita pergi mengundi dengan berpakaian baju pengantin telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tetap tunai tanggungjawab di hari bahagia
Menerusi video tersebut, kelihatan raja sehari itu berada di pusat pengundian untuk membuang undi.
Meskipun ia memakai baju pengantin, namun tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia telah membuatkan dia kelihatan unik di tempat berkenaan.
Situasi itu membuatkan si perakam kagum melihat semangat anak muda itu dan memujinya. Dia kemudian dilihat berjalan bersama suaminya selepas selesai membuang undi.
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
"Comeynya depa, tahniah semoga kekal ke jannah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji pasangan pengantin tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 165.7K likes dan 1,299 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
Image via @manis_si_hitam_manis89 (TikTok)
Contoh macam ini baru bagus, tahniah buat mereka! :D
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment