Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tak Nak Balik Sekolah Sebab Takut Cikgu Marah, Reaksi Budak Ini Cuit Hati Warganet

Tak nak balik pula adik ni ya.

Cover image via @sistarzu (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembukaan sekolah sesi 2023 telah bermula pada minggu ini

Semestinya terdapat pelbagai ragam murid-murid yang baru memulakan persekolahan. Kebiasaannya ramai yang takut dan gementar pada hari pertama persekolahan dan mahu cepat pulang ke rumah.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang budak perempuan di sekolah telah meraih perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mahu balik sekolah sebab takut cikgu marah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sistarzu, kelihatan budak perempuan itu sedang teragak-agak untuk balik dari sekolah selepas dijemput oleh ibunya.

Dapat dilihat dalam video tersebut, ibunya cuba untuk mengajaknya balik namun budak perempuan berkenaan enggan pulang ke rumah kerana takut dimarahi oleh cikgunya.

Walaupun sudah habis sesi pembelajaran, murid perempuan itu masih berbelah bahagi dan menolak untuk balik serta mengatakan "cikgu marah" apabila ibunya menjemputnya pulang.

Difahamkan, hari itu adalah hari pertamanya bersekolah menyebabkan dia masih menyesuaikan diri di sekolah.

Image via @sistarzu (TikTok)

Image via @sistarzu (TikTok)

"Adik jangan terbalik macam ini hahahaha" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat dan telatah spontan adik ini. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 237.5K views, 19.9K likes dan 748 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @sistarzu (TikTok)

Image via @sistarzu (TikTok)

Image via @sistarzu (TikTok)

Memang lain daripada yang lain ya adik ini, tak nak balik rumah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment