"Takut Duit Ibu Habis" - Pilih Selipar Yang Murah, Anak Kesian Dekat Mak Jadi Perhatian
Dia tak nak menyusahkan ibu dia.
Anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab buat ibu bapa
Didikan perlu diberikan sepenuhnya pada mereka ini. Hal ini kerana, agar mereka membesar menjadi orang yang lebih berguna dan dapat menolong ibu bapa. Mereka akan lebih memahami keadaan mengikut usia mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki memilih untuk membeli selipar murah kerana kesian pada ibu bapanya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pilih selipar yang lebih murah sebab kesian dekat ibu
Menerusi video tersebut, kelihatan dua beranak berkenaan ketika itu berada di sebuah pasar raya.
Si ibu kemudian menyuruh agar anak lelakinya memilih selipar kerana dia mahu. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anak lelakinya itu bertindak untuk memilih selipar murah kerana takut duit ibunya habis.
"Beli yang murah-murah je, takut duit ibu habis," ujar anaknya.
Situasi itu membuatkan si ibu terharu dan tetap menyuruh agar anaknya membeli selipar yang lebih mahal kerana kualiti lebih elok.
Image via @bythemadamb (TikTok)
"Baru nak nangis,tiba-tiba muncul lawak anak number 2" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh dengan reaksi budak berkenaan.
Malah, ada juga yang terhibur saat melihat klip akhir pada video tersebut yang memaparkan gelagat seorang lagi anak wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 947.5K views, 109.3K likes dan 4,399 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @bythemadamb (TikTok)
Image via @bythemadamb (TikTok)
Image via @bythemadamb (TikTok)
Image via @bythemadamb (TikTok)
Orang tengah sedih-sedih sempat lagi ya anak seorang lagi tu :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment