Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

MBSA Perkenal Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’, Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Bawa si comel anda ke sini!

Cover image via @sacitycouncil (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memperkenalkan taman rekreasi kucing berkonsepkan 'kawasan permainan luar' bagi kucing peliharaan

Taman rekreasi ini telah dinamakan Catopia Shah Alam yang memberikan pelbagai aktiviti menarik buat kucing anda.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, Catopia Shah Alam menyediakan pengalaman yang unik kepada pemilik kucing khususnya dalam kalangan penduduk Shah Alam.

"Catopia Shah Alam dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap hari bermula 5 Julai sehingga 31 Disember dari jam 10 pagi sehingga 7 Malam dan boleh memuatkan sehingga 20 ekor kucing pada satu masa.

"Pembinaan Taman Rekreasi Kucing 'Catopia Shah Alam' ini adalah inisiatif pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam komuniti di Shah Alam berkaitan pemilikan haiwan peliharaan dengan bertanggungjawab.

"Ia juga sebagai platform oleh MBSA untuk bersama mendidik dan memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada orang ramai terhadap kepentingan kesejahteraan haiwan dalam mewujudkan keseimbangan ekosistem," katanya kepada Berita Harian.

Image via @sacitycouncil (TikTok)

Image via @sacitycouncil (TikTok)

Tambah beliau, Catopia Shah Alam dipadankan dengan 12 elemen yang menarik seperti menyediakan papan tanda informasi dan peta taman rekreasi kucing, tempat perlindungan dan makanan kucing, kolam air pancuran mini untuk kucing, kawasan 'rumput helikopter' (rumput kegemaran kucing), kawasan pasir (cat litter area).

Taman Rekreasi Kucing 'Catopia Shah Alam' juga diharap dapat menjadi salah satu tempat pelancongan untuk menarik pengunjung berkunjung ke Shah Alam.

"Pembinaan taman ini juga adalah sejajar dengan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Baik (SDG 3) ke arah menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya pintar, berdaya huni dan makmur," katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, MBSA akan membina sebuah Pusat Santuari Haiwan Kacau Ganggu di Seksyen U1, Shah Alam yang berkeluasan tiga ekar.

Menurut beliau, cadangan pecah tanah bagi pembinaan Pusat Santuari Haiwan Kacau Ganggu MBSA ini dijangka diadakan pada September ini.

"Di samping itu, pihak MBSA juga mempunyai perancangan untuk membina sebuah Safari Kucing iaitu pusat perlindungan kucing yang berkonsepkan safari yang mana ia akan dibuka kepada orang ramai.

"Tempat-tempat menarik untuk bergambar bersama kucing akan disediakan kepada orang ramai dan mereka juga berpeluang untuk mendapatkan kucing angkat di safari ini," katanya.

Lihat video taman rekreasi itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment