"Anaknya Dah Umur 13 Tahun Tau" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
Dia tak pergi cari ke.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak ragam murid di sekolah yang perlu guru-guru hadapi demi mendidik mereka
Tugas sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Namun begitu, itulah tanggungjawab mereka sebagai seorang guru. Mendidik mereka sehingga berjaya.
Namun, lain pula yang berlaku dengan seorang guru ini apabila dia meluahkan rasa terkejutnya selepas menerima mesej daripada ibu seorang murid.
Mengadu kasut anak hilang di sekolah
Menerusi ciapan tersebut, guru itu berkongsi perbualan WhatsApp bersama dengan seorang wanita.
Difahamkan, wanita berkenaan telah mengadu pada guru itu mengenai kehilangan kasut anaknya.
Perkara tersebut membuatkan dia agak sedikit terkejut kerana dia bukanlah guru kelasnya. Malah, anaknya itu sudah berusia 13 tahun dan mungkin mampu mencarinya sendiri.
"Maknya pun ingat cikgu babysitter ke" - Netizen
Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 4K repost, 11K likes dan 264 comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!