seismik

Musim Durian Tiba Lagi, Ini Tips Mudah Nak Pilih Durian Supaya Anda Tak Kena Tipu!

Pastikan anda ikut tips ini baru beli durian okay!

Cover image via South China Morning Post (Gambar sekadar hiasan) & Serious Eats

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim durian kembali lagi, pasti ramai yang sudah serbu ke kedai-kedai untuk mendapatkan raja buah

Seperti kita tahu, durian ini ada pelbagai jenis daripada rasa yang biasa sehinggalah kepada yang luar biasa.

Anggaran harga juga berbeza mengikut jenis durian yang anda pilih. Pada musim ini pasti anda akan nampak ramai penjual di tepi jalan dengan harga yang murah.

Malah, di kedai juga boleh dikatakan setiap hari pasti akan ramai orang tambahan lagi jika mereka buat promosi betul tak?

Namun, dalam pada anda membeli durian anda perlulah tahu sedikit tips agar anda tidak kena tipu dengan penjual. Jom kita lihat tips di bawah yang dikongsikan daripada Agri Data Portal.

1. Pilih durian yang lebih ringan

Kebiasaannya, semakin berat buah itu semakin besar bijinya. Jadi, sudah tentu isinya juga akan lebih nipis.

Kalau anda mahu durian yang banyak isi pilihlah saiz yang lebih ringan jika kedua saiz durian lebih kurang sama.

2. Lihat pada tangkai durian

Seterusnya, anda perlu lihat pada tangkai durian. Pilih tangkai durian yang lebih pendek dan tebal. Ia biasanya menandakan isi yang tebal dan banyak.

Selain itu, pilih tangkai durian yang tidak terlalu kering. Tangkai yang sudah kering dan kecut menunjukkan durian tersebut sudah lama.

3. Berbunyi bila digoncang

Durian yang memiliki bunyi apabila digoncang menandakan isi buah sudah matang dan kering.

Isi durian yang lembik dan lembab akan melekat pada dinding kulit durian dan menyebabkan kurang bunyi bila digoncang.

4. Pilih durian belah 5

Bahagian bawah durian boleh dilihat beberapa jumlah belahan durian. Biasanya antara 5-6 belah. Pilih yang belah 5 kerana isinya lebih banyak.

5. Hidu bau durian

Durian yang bagus dan sudah masak mengeluarkan bau yang manis dengan kombinasi aura pahit.

6. Elak beli durian yang besar pendek dan duri jarang

Elakkan beli durian yang memiliki duri yang panjang dan rapat-rapat. Biasanya durian dengan duri yang pendek, besar dan jarang-jarang memiliki isi yang lebih bagus.

7. Elak beli ketika musim hujan

Image via Kosmo

Bila musim hujan yang berangin, banyak buah durian yang gugur biarpun belum cukup masak. Namun, penjual tetap menjual buah tersebut biarpun belum cukup matang.

8. Pilih durian berbentuk bulat

Difahamkan, durian yang berbentuk bulat memiliki jumlah isi yang lebih banyak berbanding durian berbentuk lonjong.

Sekarang dah tahu kan? Lepas ini senang nak pilih durian :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: