Ayah Buat Surprise Bawa Adik Jumpa Abang Lepas 10 Bulan Berpisah Undang Ramai Sebak
Siapa pula potong bawang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Air dicincang tidak akan putus, begitulah peribahasa yang sinonim dengan hubungan adik-beradik
Adik-beradik adalah orang yang paling rapat dengan kita. Mereka ini juga kadangkala boleh menjadi pendengar yang setia dan juga kawan.
Sudah tentu akan timbul perasaan rindu bila sudah lama tak berjumpa, apatah lagi anda memang rapat dengannya.
Seperti video di TikTok ini selepas pertemuan antara adik dan abang telah membuat ramai sebak.
Adik terkejut dapat jumpa abang selepas 10 bulan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah telah membuat kejutan kepada anak-anaknya. Difahamhkan, ketika itu adiknya telah dijemput oleh ayah mereka dari sekolah.
Namun, apa yang dia tidak tahu adalah abangnya telah menunggu kehadirannya di dalam kereta untuk memberikan kejutan.
Adiknya kemudian terkejut selepas berjumpa dengan abangnya yang lama berpisah dan terus memeluk eratnya. Keadaan juga mula menjadi sebak semasa mereka berjumpa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!