Taman Tema Dinosaur Terbesar Malaysia 'Dino Desert' Kini Dibuka Di Kajang, Selangor
Boleh bawa anak-anak datang sini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Monkeys Canopy Resort secara rasmi mengalu-alukan orang ramai ke taman dinosaur baharu mereka yang terletak di Sungai Long, Kajang, Selangor
Image via Monkeys Canopy (Facebook)
Image via Monkeys Canopy (Facebook)
Taman tema itu ialah taman dinosaur terbesar di Malaysia, seluas kira-kira 11 ekar
Taman ini mempunyai 144 jenis spesies dinosaur animatronik, daripada T-Rex yang ganas kepada Mamenchisaurus yang menjulang tinggi dan Triceratops yang damai.
Model bersaiz sebenar ini bergerak dan mengeluarkan bunyi, akan membawa anda ke tahun pada masa lalu.
Bayangkan anda berjalan di antara animatronik ini yang besar dan tinggi. Kemudian dapat pula mendengar panggilan dari jauh makhluk yang telah lama pupus.
Image via Monkeys Canopy (Facebook)
Image via Monkeys Canopy (Facebook)
Deskripsi informasi juga boleh dilihat pada setiap dinosaur, memberikan anda pada fakta dan pandangan yang menarik tentang gergasi purba
Image via @myeatkakimalaysia (Instagram)
Taman tema ini berkonsep terbuka dan mempunyai teduhan, jadi pastikan anda memakai baju yang bersesuaian ya!
Tonton video tempat itu di sini:
Alamat:
Monkeys Canopy, Lot 683, Jalan Persiaran Sg Long Hill, Sungai Long, 43200 Cheras, Selangor.
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Bayaran kemasukan:
- Dewasa: RM55
- OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan kanak-kanak antara tiga hingga 12 tahun: RM45.
Untuk maklumat lanjut atau membeli tiket, boleh pergi ke laman web dan lihat Instagram mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi tempat ini :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment