Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tawar Pemilikan Rumah Kepada Pekerja, HOMEVEST Kini Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Syarikat hartanah pertama yang menawarkan program pemilikan rumah untuk pekerja (HOPE) di Malaysia.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkenal, HOMEVEST telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records baru-baru ini

Pengiktirafan itu diterima kerana HOMEVEST menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (HOPE).

Sebagai rekod, Malaysia Book of Records merupakan sebuah badan yang mengiktiraf pencipta, pemegang dan pemecah rekod di dalam negara.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai pemegang rekod, HOMEVEST membezakan dirinya dengan syarikat lain berdasarkan nilai yang mampu dijana semula kepada pelabur.

Katanya lagi, sejak dilancarkan pada 2020, inisiatif HOPE telah menyumbang kepada penambahbaikan program pengekalan bakat di pelbagai syarikat.

Image via HOMEVEST Living

Sejak HOPE diperkenalkan, ia juga telah meningkatkan produktiviti pekerja dan menanam rasa kesetiaan pekerja terhadap majikan

"Memahami kesukaran dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan serta faedah syarikat yang mampu ditawarkan, HOPE hadir untuk membantu."

"Ia mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak," kata Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim.

Difahamkan faedah program ini setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.

“Kami amat berbesar hati kerana HOPE telah diiktiraf oleh pihak yang penting dan relevan dalam industri sebagai sebuah penyelesaian faedah pekerja yang inovatif di Malaysia."

"Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat," kata KY Lim yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Top 10 Finalis untuk JCI Creative Young Entrepreneur Award 2021.

KY Lim (kiri) bersama Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy dan Marcus Low.

Image via HOMEVEST Living

Turut terima sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pencapaian ini

“Bahagian pengurusan hartanah kami dipanggil HOMEVEST Living menawarkan pelbagai perkhidmatan menerusi kepakaran yang ada."

"Ia termasuk untuk menguruskan hartanah mereka selain mewujudkan kualiti gaya hidup moden, dinamik dan berkualiti yang menerapkan nilai positit serta terbaik," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low memaklumkan syarikat mereka menjadi pengurusan hartanah yang pertama melancarkan stor rasmi di platform e-dagang, Shopee baru-baru ini.

"Ia termasuk menyediakan pelanggan dengan pembelian dalam talian yang mudah, selamat dan pantas," ujarnya.

Image via HOMEVEST Living (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment