Nak Anak Cepat Pandai? Boleh Cuba 5 Teknik Orang Jepun Ini Yang Ternyata Mudah & Berkesan!
Tips dan perkongsian yang menarik untuk ibu bapa.
Mesti ramai yang pernah tengok video kanak-kanak Jepun dalam rancangan realiti mereka, bukan?
Salah satu contoh video kanak-kanak Jepun membuat kerja rumah dengan sendiri tanpa pengawasan ibu mahupun bapa.
Menarik, bukan?
Bahkan negara tersebut sangat terkenal dengan sikap mereka yang rajin, berdisiplin dan pandai. Manakan tidak, sifat-sifat tersebut telah pun diterap dalam diri mereka semenjak dari kecil lagi.
Yang pasti, semuanya pendorong utama kepada anak-anak yang bijak datang daripada didikan ibu bapanya.
Seorang pengguna Facebook, Baharuddin Mohamed, pernah berkongsikan tips style orang Jepun yang pasti boleh membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan lebih baik
Image via Raw Pixel
Dalam perkongsiannya itu, Baharuddin menyarankan agar ibu bapa meniru cara dan teknik yang digunakan orang Jepun dalam mendidik anak-anak mereka. Dia menggalakkan ibu bapa untuk mempraktikkan penggunaan otak sebelah kanan anak-anak yang mana dipercayai lebih efektif jika dibandingkan dengan otak sebelah kiri.
Image via Tokyo Times
Namun begitu, untuk terus didik anak, teknik ini harus digunapakai dengan kerap agar dapat mengoptimumkan penggunaannya.
Ikuti teknik-teknik tersebut di bawah:
1. Teknik merangsang otak
Image via Ruang Bayi
Orang Jepun bijak mendidik anak dengan menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreatif dan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi manakala otak kiri pula adalah lebih cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Image via Hearing Health Matters
Ketika anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan pada mereka “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Berikan perkataan atau kata-kata yang positif kepada mereka dan anak kita pasti akan menyimpan memori imaginasi.
2. Teknik bermain
Image via Sirap Limau
Biasakan anak bermain dengan warna dan melukis di kertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan saja mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.
Image via Seronok Belajar Di Rumah
Tak salah jika kita ikut benda yang baik untuk mendidik anak seperti yang dapat kita pelajari dari penggunaan penyepit semasa makan. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak kita.
3. Teknik imaginasi
Image via Daily Parent
Pasti anda perasan anak kita selalu menceritakan tentang perkara dalam imaginasinya. Dengar dan layankan saja kerana mereka juga sangat perlukan perhatian malahan ingin bercerita apa saja dengan kedua ibu bapa mereka.
Image via Hai Bunda
Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya teknik imaginasi ini sangat-sangat baik untuk melatih otak kanan anak dalam mendidik anak.
4. Teknik teka-teki
Image via 100 Comments
Satu teknik lagi adalah selalu atau kerap bermain teka-teki atau masukkan barang ke dalam kotak dan meminta anak teka apakah barang yang terdapat dalam kotak itu. Teknik ini juga membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk TIDAK menengking atau memarahi anak-anak dengan nada yang kuat
Image via Majalah PaMa
Jangan sekali anda marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan 'JANGAN', jangan itu, jangan ini sehinggakan anak-anak itu takut untuk mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak ramai, ini adalah cara yang salah mendidik anak.
Semua tips itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak-anak supaya lebih fokus dan cepat pandai
Jika anda sering menggunakan cara dan tips tersebut pastinya anda akan melihat perubahan ketara pada anak anda nanti.
Image via The Asian Parent
Adakah anda suka perkongsian ini? Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern atau biasa kerana sehingga dewasa nanti mereka akan menjadi orang yang biasa.
80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan, manakala hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tidak akan buat.
Image via My Health
Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu untuk menambahkan pengetahuan anda sebagai seorang ibu atau bapa.
Lagi tips dan perkongsian untuk ibu bapa di bawah:
Leave a comment