Telatah Budak Kecil Baca Doa Panjang Sebelum Nak Duduk Jumpa Doktor Ini Mencuit Hati Ramai
Comel lah dik!
Banyak telatah budak kecil yang mencuit hati boleh kita lihat di media sosial hari ini
Sampai kadangkala terbahak-bahak ketawa lihat perangai mereka ini. Ada saja yang perkara yang ingin dicuba dan dilakukan.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang ibu berkongsi telatah si anak ketika mahu berjumpa doktor telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Berdoa panjang sebelum nak duduk depan doktor
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu berkongsi gelagat anak lelakinya semasa mahu berjumpa doktor.
Dapat dilihat kanak-kanak tersebut menunduk mukanya ke arah bawah seolah-olah seperti membaca doa.
Gelagatnya itu disedari oleh doktor berkenaan yang kemudian menegur kanak-kanak tersebut dan memberitahunya adakah dia sedang membaca doa kerana takut.
Image via @teera.azhar (TikTok)
"Keras kaku kat situ. Betul takut tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai respons mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 111.1K views, 9,620 likes dan 96 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @teera.azhar (TikTok)
Image via @teera.azhar (TikTok)
Image via @teera.azhar (TikTok)
Image via @teera.azhar (TikTok)
Image via @teera.azhar (TikTok)
Doalah banyak-banyak dik semoga segala urusan awak dipermudahkan :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment