"Apahal Gelap Ni" - Ibu Rancak Berborak Dengan Member, Tak Perasan Mata Anak Tertutup Topi
Sian awak dik!
Selepas mempunyai anak, pasti ibu bapa ada masanya mahu keluar bersama rakan-rakan betul tak?
Dapatlah melepaskan rindu dan hilang bosan dapat berjumpa dengan rakan-rakan. Tambahan lagi kalau sudah lama tidak berjumpa. Ada saja cerita yang dikongsikan.
Namun, bukan mudah untuk berjumpa kalau ada anak kecil ini. Kadangkala terpaksa bawa sekali anak atas sebab tertentu.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita sakan berborak sampai tidak sedar keadaan anaknya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Syok sangat berborak sampai tak perasan topi tutup mata anak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah kedai makan bersama dengan rakan-rakannya.
Dapat dilihat juga wanita itu turut membawa anaknya sekali. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah wanita dilihat sakan berborak dengan rakannya sehingga tidak sedar topi anak telah menutupi mata.
Situasi itu kemudian ditegur oleh rakannya dan mereka tertawa melihat gelagat budak itu.
"Eh, aku baru je keluar dari perut asal gelap ni. Dalam perut balik ke" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 190.7K likes dan 3,877 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!