Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Terharu Cikgu Belikan Kasut, Alasan Murid Cakap ‘Ibu Tak Ada Duit’ Pula Bikin Ramai Sebak

Semoga rezeki cikgu ini melimpah ruah.

Cover image via @tcer.nana (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua orang mampu untuk mempunyai barang keperluan yang baru dan cantik

Kekangan wang telah menjadi salah satu masalah dalam sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi kalau keluarga mempunyai jumlah orang anak yang banyak. Sudah tentu perlu merancang pembelian dan perbelanjaan di rumah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang cikgu membelikan kasut untuk anak muridnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Alasan anak murid tak beli kasut baru buat ramai sebak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang cikgu sedang berada di kelas. Dia membelikan kasut sekolah baru untuk dua anak muridnya kerana kasut mereka kelihatan lusuh dan lama. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anak muridnya dilihat sangat gembira dan terus memakai kasut yang baru dibelikan. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka terima saja hadiah daripada gurunya walaupun kasutnya sedikit longgar.

"Longgar pun tak apa", kata anak muridnya. 

"Ibu tak ada duit", kata salah seorang anak muridnya lagi. Perkara itu membuatkan ramai rasa sebak. 

Image via @tcer.nana (TikTok)

"That 'kalau longgar pun tak apa', that 'tak ada duit', and 'alhamdulillah' they are sooo pure" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 847K tontonan, 91K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji sikap cikgu ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @tcer.nana (TikTok)

Image via @tcer.nana (TikTok)

Image via @tcer.nana (TikTok)

Terima kasih cikgu sebab gembirakan anak murid. Semoga Allah balas balik jasa baik cikgu! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment