seismik

"Euw Tak Nak Lah" - Disuruh Naik Proton Wira, Reaksi Founder Geli Hati Ini Dikecam Ramai

Sombongnya.

Cover image via @babydiraa_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kereta tempatan sememangnya menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia

Bukan saja harganya yang mampu milik, teknologi kereta tempatan juga setanding dengan kereta antarabangsa. Oleh sebab itu, ramai yang masih memilih untuk membeli kereta tempatan. 

Namun, lain pula dengan seorang founder kosmetik apabila dia geli hati semasa disuruh menaiki kereta Proton Wira telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Disuruh naik kereta Proton Wira, founder ini geli hati dan tak sanggup

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang founder kosmetik dengan pasangannya baru saja turun flight dari lapangan terbang. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia geli dan tidak sanggup ketika suaminya menyuruh dia menaiki kereta Proton Wira di belakangnya. Dia kelihatan merengek sambil meminta suaminya membawa kereta Audi mereka. 

"Aik wira ok lagi, sebab lambat atau cepat naik keranda pula" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 41K tontonan, 107K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mengecam wanita itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apalah pakai kereta apa pun, janji boleh gerak pergi mana-mana kan? :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: