Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Terharu" - Doktor Nak Scan Muka Anak, Suami Dah Mengalir Air Mata Ini Buat Semua Riuh

Dia memang betul-betul sedih tu!

Cover image via @naa_eyna99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Kehadiran cahaya mata dalam sebuah rumah tangga memang merupakan sebuah penantian bagi setiap pasangan suami isteri

Iyalah, sebuah rumah tangga itu akan menjadi lebih riuh dan ceria suasananya dengan kehadiran anak-anak. Namun, bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin, perkara ini merupakan titik permulaan yang baru dan harus dipelajari bersama.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan suami isteri pergi ke klinik untuk check up namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah tiba masanya untuk scan bayi, tetapi suami pula sebak dan terharu

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di bilik scan bayi untuk check up. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja doktor scan perut si isteri, sebuah paparan bentuk muka anak mereka dipaparkan di skrin. Disebabkan itu, si suami terus sebak dan mengalirkan air mata di depan semua orang. 

Gelagatnya itu sempat dirakam dan diusik isterinya. Malah, situasi itu membuatkan semua yang ada di klinik sempat riuh. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

"Kalau suami aku tak macam ni, aku nak minta refund" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 60K tontonan, 5K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @naa_eyna99 (TikTok)

Image via @naa_eyna99 (TikTok)

Image via @naa_eyna99 (TikTok)

Image via @naa_eyna99 (TikTok)

Jadi auto sebak pula si suami, semoga tabah nanti support isteri masa bersalin! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment