Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[TERKINI] Pasukan SAR Menjumpai Mayat Di Kawasan Pencarian Nora Anne Namun Belum Disahkan

"Mayat itu ditemui pada jam 1.57 pm kira-kira dua kilometer dari resort penginapan Nora Anne dan keluarganya." - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop

Cover image via imgur.com

Nora Anne, seorang remaja berusia 15 tahun dari London telah dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun, Seremban, Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu

Nora Anne Quoirin

Image via NST

Nora Anne Quoirin didapati hilang pada jam 8 pagi, 4 Ogos selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya di resort tersebut. Percutian ini juga merupakan percutian "seumur hidup" dan mereka turut memilih untuk menginap di Resort The Dusun sebelum Nora menghilangkan diri.

Baca penuh di sini.

Selepas pencarian hampir 10 hari, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, 13 Ogos, telah menjumpai mayat wanita kira-kira dua kilometer dari lokasi resort berkenaan

Mayat wanita berkenaan ditemui di Gunung Berembun, Pantai Hills, Seremban hari ini. Namun menurut laporan, Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop menjelaskan bahawa identiti mayat tersebut masih belum dikenal pasti.

Image via MStar

"Kita menerima maklumat daripada orang awam pada jam 1.57 tengah hari tadi sebelum anggota mencari dan menyelamat (SAR) dikejarkan ke lokasi itu. Mayat perempuan berkulit putih itu ditemui dalam keadaan sempurna.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop

Polis juga turut menutup laluan ke resort tersebut dengan memasang garisan kuning bermula jam 2:30pm hari ini untuk menghalang orang luar termasuk pihak media

Image via Berita Harian

Menurut laporan lain, pasukan SAR telah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1 petang tadi, lalu terus bergegas ke kawasan air terjun di situ untuk meneruskan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa yang telah hilang bermula 4 Ogos lalu.

Berita lanjut akan menyusul

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment