"Terlalu Tenang" - Kawan Terlanggar Kereta Depan, Tapi Reaksi Si Perakam Pula Undang Tawa
Rileks sangat ni bang.
Kemalangan jalan raya merupakan insiden yang paling kita takut dan ingin elak dari ianya terjadi
Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT bukan? Yang penting, kita perlulah menjaga keselamatan diri dan berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
Namun, berbeza pula dengan sebuah insiden tular ini apabila sekumpulan lelaki terlibat dalam kemalangan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member terlanggar kereta depan, tapi yang lain boleh rileks macam dah biasa jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hzwann.__, kelihatan sekumpulan lelaki itu sedang menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila pemuda yang sedang membuat story di telefonnya dengan tidak sengaja terakam pemandu terlanggar kereta di depan mereka.
Lebih menjadi tanda tanya orang ramai, reaksi si perakam yang tenang walaupun mereka berada dalam situasi cemas itu membuatkan para netizen membuat andaian mungkin mereka sudah terbiasa dengan accident.
Image via @hzwann.__ (TikTok)
"Hahaha aku tak puas hati dengan reaction dia. Dia buat kereta tu macam bumper car dekat funfair je ek, tenang betul" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini sudah meraih 2.3M views, 176.7K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi si perakam yang terlalu tenang.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Image via @hzwann.__ (TikTok)
Santai betul ya, kalau orang perempuan dah menjerit dah tu. Apa-apa pun, semoga urusan mereka dipermudah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment