"Terpaling Cina Ayahnya" - Bapa Supportive Nyanyi Lagu Anak Sekolah Cina Jadi Perhatian
Semangat ayahnya.
Hal dan perkara-perkara di sekolah sememangnya perlu diambil berat oleh ibu bapa
Tambahan lagi, berkenaan dengan mesyuarat ibu bapa dan sebagainya. Iyalah, untuk kemudahan anak-anak juga nanti bukan?
Tetapi, lain pula dengan gelagat seorang lelaki ini yang begitu bersemangat menyanyi lagu sekolah anaknya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Semangat nyanyi lagu sekolah anak walaupun dalam bahasa Cina
Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang berada di sekolah anak mereka. Difahamkan, anak mereka bersekolah di Sekoleh Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semua diminta bangun untuk menyanyikan lagu sekolah tersebut, si ayah dilihat begitu bersemangat menyanyikannya.
Malah, dia juga dilihat hafal lagu sekolah berkenaan.
Image via @fatinfaqihah__ (TikTok)
"Hahaha comel! Terpaling cina bapanya kat situ pun" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 707.3K views, 33.7K likes dan 977 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @fatinfaqihah__ (TikTok)
Image via @fatinfaqihah__ (TikTok)
Image via @fatinfaqihah__ (TikTok)
Image via @fatinfaqihah__ (TikTok)
Semangat macam inilah yang kita nak :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment