Teruja Ingatkan Dapat Ayam Goreng McD, Murid Kecewa Kena Tipu Lihat 'Isi' Di Kotak
Hancur harapan adik-adik.
Makanan segera sememangya disukai oleh ramai orang, bukan saja kanak-kanak tetapi dewasa juga
Namun, sebenarnya tidak bagus untuk dimakan selalu kerana tidak baik untuk kesihatan. Tetapi, sekali sekala itu apa salahnya.
Kanak-kanak yang mendapat makanan segera seperti ayam goreng, kentang dan sebagainya ini pasti mereka memberi reaksi teruja dan gembira betul tak? Iyalah, makanan kegemaran ramai kan.
Lain pula dengan murid-murid di sekolah ini apabila keriangan mereka bertukar selepas melihat isi di dalam kotak ayam goreng.
Lihat posting itu di bawah:
Image via Facebook
Ingatkan dapat ayam goreng McD, rupa-rupanya hanya roti dan air
Menerusi posting tersebut, seorang individu berkongsi gambar itu selepas diceritakan oleh salah seorang penjaga.
Difahamkan, murid-murid di sekolah berkenaan telah menyertai program anjuran sebuah jabatan pendidikan negeri apabila diberikan kotak yang disangka mengandungi makanan segera itu.
Namun, rasa riang gembira mereka bertukar apabila kotak disangka mengandungi ayam goreng McDonalds rupa-rupanya di dalamnya berisi roti krim berserta air kotak.
Image via Sis Lin 76
"Banyak kali kes budak-budak diperlekehkan begini. Kasihan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8.8K likes, 3.2K comments dan 3.6K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Kesian adik-adik yang dah gembira bila tengok kotak tu :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment