Tiba-Tiba Disuruh Pilih Antara Ronaldo Atau Messi, Jawapan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut
Biar betul abang ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Nama Ronaldo atau Messi bukanlah sesuatu yang asing di dalam dunia bola sepak
Kedua-dua atlet ini telah berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama pasukan masing-masing. Mereka ini memang legend dan menjadi pujaan ramai peminat tegar dalam sukan tersebut.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan jawapan seorang lelaki apabila disuruh memilih antara Ronaldo atau Messi telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka pula jawapan abang macam itu apabila disuruh memilih antara Ronaldo atau Messi
Menerusi video yang dikongsi oleh @z_a_n_05, kelihatan seorang rider GrabFood sedang duduk di atas motosikalnya sambil menunggu pesanan.
Tiba-tiba datang seorang lelaki ingin membuat content dan menyuruh rider tersebut memilih antara lagenda bola sepak Ronaldo atau Messi.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila rider tersebut memberi jawapan, "apa benda tu?" kepada soalan tersebut. Reaksi wajahnya pula jelas sangat keliru seolah-olah dia tidak mengenali dua individu tersebut.
Image via @z_a_n_05 (TikTok)
"Member banyak sangat order, tak sempat tengok bola" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 400.5K views, 42.4K likes serta 847 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar jawapan rider GrabFood tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @z_a_n_05 (TikTok)
Image via @z_a_n_05 (TikTok)
Image via @z_a_n_05 (TikTok)
Image via @z_a_n_05 (TikTok)
Takkan lah abang tak kenal Ronaldo dengan Messi? Limited edition betul!
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment